Free Graphics

Jumaat, 1 Julai 2011

IMAM MUDA 2



Assalamualaikum wbt

alhamdulillah berakhir sudah program imam muda 2.. seperti program imam muda musin pertama
dua peserta yang ke peringkat akhir iaitu imam muda HASSAN dan imam muda NAZRUL
kedua-duanya mempunyai bakat yang cukup hebat... masyaAllah
dan hanya seorang sahaja yang bergelar juara imam muda musin ke2...
juara yang diumumkan adalah IMAM MUDA HASSAN

di sini ada serba sikit biodata/maklumat tentang imam muda HASSAN
Seorang Graduasi Jurusan Ilmu Wahyu dalam pengkhususan Al-Quran dan Hadis, Universiti Islam Antarabangsa, Malaysia. Dilahirkan di Sungai Wangi, Ayer Tawar, Perak pada 17 Februari 1985 dan merupakan anak kelapan daripada 9 beradik. Memulakan pendidikan awal di Sekolah Rendah Sungai Wangi dan seterusnya melanjutkan pelajaran di peingkat menengah di Sekolah Menengah Agama Izzuddin Shah, Ipoh Perak.
Seorang Pensyarah di Kolej Islam Antarabangsa dan merupakan Imam sambilan di Surau al-Iman, Kemensah Height, Gombak Selangor dan merupakan Ustaz al-Quran di sekitar kawasan Lembah Kelang. Berpengalaman luas dalam bidang taranum dan merupakan salah seorang peserta akhir Akademi Al-Quran musim ke-empat. Pernah menganggotai sebuah kumpulan nasyid pada seketika dahulu. Sering mendapat undangan untuk membuat persembahan nasyid dan taranum di sekitar Lembah Kelang. Mempunyai minat yang tidak berbelah bahagi dalam jurusan agama terutamanya dalam mengkaji aplikasi-aplikasi ayat al-Quran didalam realiti sains dan kehidupan.