Free Graphics

Khamis, 14 April 2011

sakit tekak + pening... =(

adoi pahal lak tibe2 lak sakit tekak ni...huhuhu
pening lak 2...adoi
jgan ar..tlong...nak final exam nie...huhu
YA ALLAH....
berikan lah kesembuhan pada hamba mu ini....
berikan lah ketenangan apabila menjawab soalan exam...amin..
erm agy satu selsema plak...
merimaskan aq nie.... ANNOYING gler....huhuhu
dah berbotol2 air asam jawe aq minum nie...
kunk ad yang aq telan asam jawe mentah kunk...hahaha
klu x baek gak aq telan pokok asam jawe jewh...hahaha

yew larh aq lebih suke minum aiir asam jawe dripade mkan ubat sakit tekak...
cari tradisional agy bagos pade aq...heheheh
rase 2 jewh ar aq membebel....heheh

Ahad, 10 April 2011

kene marah plak.... =(

cite dye ccam nie mase aq pegy uptown smalam
dlm kul 240 pagi kat CHERAS
mase aq jln2 kat pasar 2 tibe2 ssatu kejadian yang amat memalukan...huhuhuhu
cam nie aq terlanggar sorang minah nie aq rase minah nie cam sebaye jewh..
aq terlangar dye pas 2 dye pnye mrah2
air yang dye pegang tumpah alarh kene skit jewh kat baju dye bkan bnyakk pown
kowg nak tau dye ckp pe.... "woi bute kew x nmpak owg"
owg ramai tngok jewh...huhuhu
x pe ar mmg slah aq...aq pown mnx ar MAAF kat dye
aq ckp x senyaje
dye leyh balas balik kowg tau ape dye ckp...huhuhu
mendalam ayat dye 2...huhuh
"ko ingat dngan mnx maaf leyh wat baju aq kering kew..."
ade lagi dye ckp
"owg ckp klu muke x hencem tapi mate jagan bute,
nie muke dah ar x encem mate plak bute, mate ltak kat pale lutut..."
perrrgghh malu siot dah ar owg ramai tngok... tau ar ko CUN minah oi tapi klu cun jewh mulut cam sial nak wat pe cume leyh ckp kat dlm aty jewh...huhuhuh
bab ayat x encem 2 aq leyh terime agy coz dah mmg kenyataan pown...tapi aq bukan BUTA larh minah....huuhuhu
pas 2 dye trus pegy jewh
aq pown ape agy trus balik ar x ingin duk lame2 kat situ dah ar kene maki owg tngok hati lak geram...huhuhuhu
ingat aq x de maruah kew!!!!!!!
tapi x pe ar SABAR 2 lebih baik
maaf kan je ar dye 2 mby dye x senyaje ckp cam 2....yew ar hati dah tngah marah
aq pown x nak ar berdendam coz mmg salah aq pown....

penyajaran dari kes semalam
1) jalan elok2 jgan smpai langar owg
2) sabar
3) cakap biar mecerminkan penampilan
4) jgan berdendam

study!!!!!!

baru lepas abis study subjek elektrik..
erm boleh ar blaja agy dri subjek aircond yang x au pe bnde pown..
tapi study x abis agy....huhuhuh
baru smai bab8 dye smpai bab10.....adoi....
nie kes study x ikot jadual ar nie...
dalam jadual 3 ary abiyh kan satu buku
tapi semalam x study coz gi menggatal merayap kat pasal malam...adoi...
wan2x ape nak jadi.....hahahaha
yew larh biase aq study time lepas zuhur n lepas magrib....hahaha
erm tp x pe ar sbelum paper nie ad mase agy nak bace....hehehe

DURIAN!!!!!

adoi x suke nye kat DURIAN!!!
adoi leyh lak bapak aq bawak duria dri kampong
perrrgghhh mmg bau nye HARUM semerbak kat dlm umah nie...adoi..
x suke bau DURIAN.. bau nye leyh wat aq naek DEMAM...huhuh
ad gak orang kate kat aq "bajet owg putih x mkan durian"
wey ape nie dah aq x mkan durian dri kecik nak wat cam ne...
agy satu ad kew nak same kan owg x mkan durian gan owg putih...
ad gak owg putin makan durian....harap maklum...hhehe
ish macam mane nak kuar bilik nie klu bau nye dah terperap dlm rumah nie...adoi..
aq bukan benci durian cume x SUKE tau x...huhuhu
ad x durian yang x berbau...??? hehehe


Sabtu, 9 April 2011

PERCINTAAN JARAK JAUH

Berikut lima tips untuk mempertahankan hubungan ketika Anda berdua terpisahkan oleh jarak:

Tetap berhubungan setiap saat
Kunci mempertahankan hubungan cinta jarak jauh adalah tetap mengadakan hubungan terus menerus. Chatting, saling SMS, telepon atau email secara teratur adalah langkah yang dapat dilakukan sekalipun hanya untuk menceritakan hari-hari yang membosankan. Ini akan membuat Anda merasa seperti Anda bagian dari hidup masing-masing sekalipun Anda terpisah sejauh mana pun.

Tunjukkan padanya Anda perhatian
Jangan Tunjukkan padanya Anda perhatian biarkan jarak mencegah Anda menujukkan padanya Anda meberikan perhatian. Kirimi dia e-card yang lucu , hangat dan menyentuh atau kirim dia buku yang selalu dia inginkan membacanya. Ini akan menyentuhnya dan membiarkan dia tahu bahwa Anda tengah memikirkannya.

Jangan biarkan perselisihan hidup
Selalu cari penyelesaian segera mungkin ketika Anda berselisih kerana semakin lama dibiarkan, masalahnya akan semakin rumit. Jangan pernah menggantungkan pada masing-masing atau mengabaikan e-mailnya. Ketika Anda jauh, telepon dan e-mail menjadi jembatan buat Anda.

Bersemangat dan lakukan sesuatu milik Anda
Jangan menyia-nyiakan hidup hanya kerana dia jauh. Tetaplah pada rutin biasa atau mungkin lebih baik. Untuk semua kesempatan yang Anda batalkan atau ketika memutuskan tidak punya waktu kerana dia, sekarang saatnya untuk melakukan semua itu.

Realistis
Jangan harap dunia akan pindah ketika Anda akhirnya bersatu kembali. Ada banyak hal yang perlu dipahami. Ia telah berada di lingkungan yang berbeda sehingga pahamilah ia perlu waktu untuk beradapatasi kembali hidup di rumah bersama-sama. Sisihkan waktu dan saling bicara apa yang tengah terjadi. Walaupun ini adalah cara sensitif untuk memahami kehidupan masing-masing

MUTIARA KATA

"Hidup memerlukan pengorbanan. pengorbanan memerlukan perjuangan. perjuangan memerlukan ketabahan. ketabahan memerlukan keyakinan. keyakinan pula menentukan kejayaan. kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan."

"Kekecewaan mengajar kita erti kehidupan.Teruskan perjuangan kita walaupun terpaksa menghadapi rintangan demi rintangan dalam hidup."

"Kecantikan yang abadi terletak pada keelokkan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada wajah dan pakaiannya."


"Harta yang paling menguntungkan ialah SABAR. Teman yang paling akrab adalah AMAL. Pengawal peribadi yang paling waspada DIAM. Bahasa yang paling manis SENYUM. Dan ibadah yang paling indah tentunya KHUSYUK



Jumaat, 8 April 2011

KENYATAAN ZAMAN SEKARANG

“Sebuah kisah benar..Abang mereka hanya melihat sahaja adik perempuan mereka dicabul kehormatannya di hadapan mereka sendiri!!”
oleh Zameer Fisabilillah pada pada 30hb September 2010 pukul 11.19 pagi

Pada suatu hari yang nyaman, dengan tiupan angin sepoi-sepoi bahasa, sebuah keluarga besar telah pergi picnic di tepi pantai. Keluarga ini merupakan keluarga yang kaya raya. Ada tauke balak, ada tauke minyak, ada tauke minyak sawit, ada tauke getah, ada tauke emas dan macam- macam lagi. Namun, tidak mungkin dalam satu bakul buah itu, semuanya elok, pasti ada jugak yang busuk.



Sebenarnya kehidupan adik-beradik ini mula goyah selepas bapa mereka dibunuh secara kejam di Turki. Kehidupan mereka mula bertelagah sesama sendiri. Bagi abang-abang yang kaya, mereka melupakan adik- adik mereka yang miskin. Bagi adik-adik yang mula belajar hidup berdikari, maka berusahalah mereka membantu adik-adik yang miskin itu semampunya sambil menempelak abang-abang mereka yang mula lupa diri.



Satu hari, semasa keluarga ini berpicnic, seorang adik perempuan mereka telah diculik dan telah dicabul dengan kejam. Perlakuan ini berlaku di depan khemah abang-abang yang kaya ini. Pencabulan si adik itu dilakukan oleh sekumpulan pendatang haram yang suka membuat kacau kehidupan orang lain. Adik-adik yang lemah ini hanya mampu memandang dengan kesayuan. Tetapi si abang-abang hanya melihat dengan keseronokan adik perempuan mereka dicabul kehormatannya di hadapan khemah mereka sendiri.



Tidak lama selepas itu pula, salah seorang adik lelaki mereka pula telah lemas dihanyut ombak. Salah seorang daripada mereka cuba menyelamatkan si adik yang lemas itu tetapi dihalang oleh abang atas alasan, marilah kita bawa berbincang dahulu. Jangan terburu-buru, bahaya!!! Akhirnya, di saat adik perempuan mereka diratah dengan penuh nafsu oleh sekumpulan pendatang haram itu, dan adik lelaki pula hampir kelemasan di tengah lautan, mereka telah duduk berbincang sambil makan makanan yang mewah-mewah dan minuman yang lazat-lazat.



Tajuk persidangan kita hari ini adalah, “Cara-cara menyelamatkan adik perempuan yang dirogol dan adik lelaki yang kelemasan.” Itulah kata si abang sulung selaku pengerusi majlis.

Adik-adik yang lebih muda dengan bersemangat hendak terus bergocoh dengan pendatang-pendatang haram tersebut, dan juga tanpa menghiraukan keselamatan, ingin sahaja terus menyelamatkan adik lelaki mereka yang semakin kelemasan itu. Tetapi dengan tenang si abang-abang berkata,”Inilah orang muda, suka sangat ikut perasaan.”

Cuba sikit hormat orang tua. Kita ambik jalan yang lebih berdiplomasi.” Akhirnya, si abang berjumpa dengan ketua pendatang haram tersebut.



“Ini resolusi kami. Jangan rogol adik kami lagi. Kalau nak sangat tubuh adik kami pun, cuba hentikan rogol tu dulu. Kita buat gencatan nafsu.” Maka mereka pun berbincang. Sambil berbincang itu, pencabulan terhadap adik perempuan itu masih berjalan sambil ditonton oleh adik- beradik yang lain.



Tentang si adik lelaki yang kelemasan, seorang dari mereka cuba mendapatkan bot penyelamat, tapi dihalang oleh abang yang lain.

“Hoi monyet…senyaplah… pengkhianat!” Getus hati si adik yang tidak puas hati kerana bot penyelamat yang ada telah dibocorkan oleh abang-abang mereka.

Akhirnya adik-adik berdarah muda telah diketepikan. Bagi si abang, adik berdarah muda merosakkan keadaan sahaja. Adik-adik muda ada yang dikenakan akta Ikut Suka Aku, dikhatankan buat kali kedua, dirosakkan khemahnya dan pelbagai lagi. Manakala, adik-adik perempuan muda pula ditakut-takutkan akan hilang kehormatannya.

Keadaan semakin genting. Adik-beradik tadi melakukan mesyuarat kononnya tergempar pula. Kali ni mereka agak sepakat. “Kami mengutuk sekeras-kerasnya tindakan pendatang haram mencabul adik perempuan kami.”



“Selamatkan adik kami yang kelemasan.”

Tetapi mereka hanya memasang banner di sepanjang pantai tersebut. Dengan harapan, ada orang yang akan membantu mereka. Adik perempuan mereka semakin terus dicabul. Pakaian adik perempuan mereka sudah tidak ada lagi di tubuh. Adik-beradik tadi hanya terus menonton drama cabul mencabul itu dari dekat selepas bermesyuarat yang kononnya tergempar itu.



Adik lelaki mereka pula sekiranya tadi tangannya kelihatan, kini seolah-olah sudah hampir mati. Hanya menunggu malaikat maut datang mengambil nyawa. Lalu, diangkatlah lagi banner “Selamatkanlah adik kami yang kelemasan” setinggi-tingginya dengan harapan ada orang lain yang membantu.

Bila melihat banner itu tidak berkesan. Mereka bermesyuarat lagi lalu mereka mengeluarkan banner yang baru. Yang lebih cantik dan mahal iaitu,”Adik perempuan terus dinodai. Adik lelaki sudah semakin hanyut di tengah lautan”… adik-beradik lain pula terus bermesyuarat dan mesyuarat untuk menghasilkan banner dengan wording yang lebih menarik….

Itulah kisah keluarga besar di satu tempat yang dirahsiakan namanya.



catatan :

+ adik perempuan itu bernama Palestin.

+ adik lelaki itu bernama Iraq.

+ abang-abang itu Pengerusi OIC & negara-negara Arab yang kaya raya

+ adik-adik yang senyap itu negara umat Islam yang membangun / mundur.

+ adik-adik yang berdarah muda itu gerakan-gerakan Islam

+ bapa yang mati dibunuh itu Khalifah Uthmaniyah

+ mesyuarat itu pula adalah mesyuarat OIC

+pendatang haram tersebut ialah Yahudi,Amerika Syarikat,Zionis dan sekutunya.